CERITA KACAU DAUN
Semuanya bermula dari Hackathon
Kacau Daun ialah sebuah bot AI yang pada mulanya dibina khas sempena penganjuran GodamSahur 2026. Ianya kemudian berkembang menjadi bot komuniti buat pengguna Daun.me.
Pada 24 Feb 2026 - 6:24AM adalah waktu dimana commit pertama dilakukan. Itulah bermulanya kisah lahirnya Kacau Daun, sebuah bot AI yang dilahirkan sempena penganjuran Godam Sahur 2026, sebuah hackathon anjuran Amanz yang dianjurkan pada setiap ramadan.

Ketika saya menyertai hackathon ini, seperti biasa fikiran yang bermain di minda adakah hendak buat projek apa? Masa yang agak suntuk iaitu sekitar kurang 24 hari sahaja daripada tarikh submission memerlukan saya mencari idea projek sederhana kecil.
Pada masa itu juga, walaupun ia sesuatu yang baru, Grok merupakan satu fenomena. Jadi saya percaya adalah menjadi satu kemestian untuk satu sosial media mempunyai satu bot yang boleh menjadi teman melepak untuk berborak.
Memandangkan penganjuran pada tahun tersebut menawarkan integrasi API Daun, saya fikir apa kata saya bina sebuah bot untuk Daun?

Buat anda yang tidak mengetahui, Daun.me adalah sosial media ala-ala Twitter/X buatan Malaysia yang dibangunkan Amanz. Sosial media ini memberikan pemfokusan kepada kandungan tempatan dan sebagai alternatif yang lebih sihat kepada platform seperti X atau Threads.
Saya pula berfikir, alang-alang dah disediakan integrasi API, maka elok saya bina bot versi Daun pula. Mana tau ia akan menjadi bot yang paling popular di Daun!
Tahukah andaKacau Daun adalah bot pembantu pertama yang dihasilkan di Daun tau.
Kenapa namanya kacau Daun?
Mestinya anda tertanya-tanya, kenapa nama bot ini adalah Kacau Daun?
Alasannya mudah. “Kacau daun” ialah simpulan bahasa dalam bahasa Melayu yang bermaksud mengganggu urusan, ketenangan atau perbincangan orang lain.
Hahhhh, kenalah dengan nama bot ini di Daun. Ia hadir untuk menyampuk apabila seseorang memerlukan semakan fakta atau bantuan. Ala-ala kepochi jugalah.

Apa fungsi yang disediakan?
Tujuan asal pembinaan Kacau Daun adalah pembantu AI yang bertanggungjawab untuk buat semakan fakta di Daun.
Namun disebabkan expectation yang tinggi daripada pengguna Daun yang mahukan lebih daripada itu, maka fungsi asal dikembangkan daripada 1 fungsi kepada pelbagai fungsi.
Daripada
SEMAK FAKTAia berkembang kepada
- Penjanaan imej
- Pengecaman imej
- Waktu solat
- Carian masa nyata
- Ringkasan artikel
- Ringkasan video
Fungsinya terus berkembang.
Daripada fact check sahaja, fungsinya terus berkembang dengan image generation, image identify, waktu solat, live search, fungsi meringkaskan artikel panjang dan video, serta banyak lagi.
Pada ketika ini, fungsinya akan terus dikembangkan dari semasa ke semasa. Kacau Daun juga kekal percuma buat masa ini.
Pemenang GodamSahur 2026.
Projek Kacau Daun menjadi salah satu pemenang GodamSahur bagi tahun 2026 dan ianya juga boleh digunakan secara public di Daun.

Bot Kacau Daun sedang dalam proses pengembangan untuk menawarkan lebih banyak fungsi yang berguna kepada pengguna.
Perancangan masa hadapan
Diketika ini, saya sedang meneliti untuk membangunkan versi kedua Kacau Daun dengan kualiti yang akan dipertingkatkan.
Disamping ini, saya sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan brand Kacau Daun ke arah yang lebih luas. Kemungkinan besar aplikasi interaktif atau permainan video (masih dalam fasa penelitian lagi).
Apapun, tunggu pengumuman saya yang selanjutnya.

