NOTA KELUARAN

Yang baharu di Kacau Daun

Sorotan ciri, penambahbaikan dan pembaikan yang memberi manfaat kepada pengguna.

Maskot Kacau Daun memegang papan klip nota keluaran

TERKINI

VERSI
0.6.1

Fokus kepada pangkalan data Daun, penambahbaikan imej dan terjemahan

Kacau Daun kini mempertingkatkan kualiti jawapan kepada pengecaman imej, terjemahan, serta kualiti balasan hantaran.

Dipertingkat

  • Pengecaman imej yang lebih telus. Kacau Daun membezakan objek di imej yang dikenal pasti dengan lebih yakin berbanding sebelumnya, dan tidak lagi memaksa tekaan apabila gambar kurang jelas.
  • Terjemahan lebih terus dan jelas. Jawapan terjemahan kini bermula dengan padanan perkataan yang diminta dan kekal fokus pada maksudnya.
  • Lebih terbuka menerima pembetulan. Apabila pengguna membetulkan kesilapan fakta, Kacau Daun akan mengakuinya dengan jelas tanpa mempertahankan jawapan yang salah.
  • Balasan lebih ringkas dan relevan. Jawapan kepada soalan mudah kini kurang berjela-jela dan lebih dekat dengan konteks sebenar perbualan.

VERSI
0.6.0

Perkenalkan fungsi ramalan keputusan perlawanan sukan

Kacau Daun kini boleh membincangkan kemungkinan keputusan perlawanan sukan berdasarkan maklumat semasa, walaupun tidak 100% tepat, ianya berdasarkan prestasi semasa, bukan tekaan.

Baharu

  • Ramalan bersandarkan data. Permintaan ramalan kini mengambil kira prestasi semasa, kedudukan, rekod pertemuan, kecederaan dan perkembangan kejohanan apabila maklumat tersebut tersedia.
  • Lebih banyak jenis sukan. Sokongan merangkumi sukan berpasukan dan individu, termasuk bola sepak, badminton, tenis dan e-sukan.
  • Peka pada status kejohanan. Cadangan pesaing dan calon juara mengambil kira siapa yang masih bertanding dan siapa yang telah tersingkir.

Dipertingkat

  • Perbualan lebih konsisten. Soalan asal, balasan dan perkongsian semula kini dikendalikan dengan lebih seragam supaya konteks tidak mudah hilang.
  • Nada ramalan yang lebih jujur. Kacau Daun menyatakan tahap ketidakpastian dan tidak menggambarkan ramalan sebagai keputusan yang pasti.
  • Jawapan susulan lebih tepat. Pertanyaan tentang waktu solat, imej, istilah dan hal peribadi bot lebih baik dan ianya dibezakan mengikut konteks.

VERSI
0.5.0

Sejarah, jenaka dan konteks yang lebih pintar

Kacau Daun kini lebih pandai membezakan soalan sejarah, gurauan dan pertanyaan susulan.

Baharu

  • Hari Ini dalam Sejarah. Tanya apa yang berlaku pada tarikh hari ini untuk mendapatkan peristiwa bersejarah menarik yang telah disemak.
  • Visual untuk cerita sejarah. Sesetengah jawapan sejarah kini boleh disertakan imej yang berkaitan untuk menjadikan ceritanya lebih menarik.

Dipertingkat

  • Fakta sejarah lebih tepat. Tarikh dan dakwaan penting disemak sebelum jawapan dihantar, manakala perkara yang belum pasti dinyatakan dengan lebih berhati-hati.
  • Lebih pandai melayan jenaka. Kacau Daun kini lebih mudah mengenali jenaka santai dan teka-teki tanpa merosakkan kelucuannya dengan penjelasan yang panjang.
  • Mod Discover lebih lancar. Soalan susulan seperti “contoh?” atau “ceritakan lagi” kini boleh meneruskan topik yang sama.
  • Konteks perbualan lebih kukuh. Soalan pendapat yang ringkas lebih tepat dikaitkan dengan perkara yang sedang dibincangkan.

VERSI
0.4.0

Menambah fungsi berkaitan imej

Kacau Daun kini boleh menyunting gambar, mengenali makanan Malaysia dan meneruskan arahan visual penghasilan gambar dalam perbualan yang sama.

Baharu

  • Sunting edit imej dengan bahasa biasa. Lampirkan gambar dan minta Kacau Daun menukar latar, warna, pakaian atau gaya visualnya.
  • Suntingan imej berterusan. Arahan susulan seperti “tukar latar pula” boleh menggunakan gambar daripada balasan sebelumnya.
  • Pengecaman makanan Malaysia. Kacau Daun boleh mengenal pasti hidangan, kuih, bahan dan minuman dalam satu atau beberapa gambar.
  • Sapaan untuk pengikut baharu. Pengikut baharu boleh menerima ucapan alu-aluan yang lebih mesra dan bersifat peribadi.

Dipertingkat

  • Penghantaran imej lebih stabil. Pembaikan pada proses muat naik dan kapsyen supaya setiap balasan hantaran dapat dilakukan dengan cepat dan tanpa gagal.
  • Pemahaman visual lebih baik. Soalan tentang lokasi, landskap dan gambar tanpa kapsyen kini mendapat jawapan yang lebih relevan.
  • Ringkasan artikel lebih kemas. Ringkasan kini lebih ringkas, mudah dibaca dan setia pada kandungan asal.
  • Nada lebih manusiawi. Balasan lebih semula jadi dan sesuai dengan suasana perbualan, tanpa memaksa jenaka pada setiap masa.

VERSI
0.3.0

Memperbaiki personaliti, menambah fungsi kreatif dan budaya.

Kacau Daun kini boleh membaca Jawi, berbalas pantun, menghasilkan meme dan membantu idea muzik.

Baharu

  • Sokongan Jawi. Mampu menukar Rumi kepada Jawi atau sebaliknya, termasuk untuk soalan susulan dalam perbualan yang sama.
  • Mod pantun. Kacau Daun boleh mencipta, menyambung dan membalas pantun dengan struktur yang lebih kemas.
  • Meme daripada perbualan. Idea dan visual meme boleh dihasilkan lalu dibalas terus pada hantaran asal melalui hashtag #meme.
  • Muzik dan penulisan lirik. Dapatkan cadangan lagu atau hasilkan lirik secara berperingkat dalam perbualan yang sama.
  • Mod debat. Kacau Daun boleh membentangkan hujah, melihat kedua-dua sudut atau menjadi moderator dengan nada yang santai.

Dipertingkat

  • Gaya balasan lebih mesra. Perenggan lebih pendek, reaksi lebih semula jadi dan nada bahasa lebih konsisten.
  • Ringkasan video lebih baik. Jawapan lebih fokus pada kandungan yang dikongsi, termasuk video YouTube apabila maklumat tersedia.
  • Konteks perkongsian lebih jelas. Balasan kepada perkongsian semula atau petikan hantaran tidak bercampur dengan perbualan lain.

VERSI
0.2.0

Memperbaiki perbualan supaya lebih natural

Memperbaiki respon perbualan supaya lebih santai, dimasa yang sama mempersiapkan dengan pengetahuan khusus tentang kandungan tempatan.

Baharu

  • Perbualan lebih semula jadi. Kacau Daun boleh mengenali jenaka, luahan, ucapan terima kasih dan salam perpisahan tanpa menganggap semuanya sebagai permintaan semakan fakta.
  • Waktu solat dan berbuka. Menambah kapasiti untuk memeriksa waktu solat meliputi seluruh Malaysia. API rasmi daripada JAKIM.
  • Pengecaman tumbuhan dan haiwan. Jawapan boleh merangkumi nama biasa, nama saintifik, ciri dan maklumat keselamatan.
  • Lokasi perniagaan. Carian cawangan dipertingkat supaya Kacau Daun tidak meneka lokasi bagi jenama yang mempunyai banyak cawangan.
  • Definisi Bahasa Melayu. Sokongan untuk akronim, singkatan, kata terbitan dan kata majmuk dalam penggunaan Bahasa Melayu.
  • Kamus slanga komuniti. Istilah yang digunakan komuniti boleh dicadangkan untuk membantu Kacau Daun memahami bahasa setempat.

Dipertingkat

  • Semakan jawapan lebih ketat. Maklumat seperti entiti, produk, versi dan perbandingan disemak dengan lebih teliti apabila sumber tersedia.
  • Bahasa Melayu lebih semula jadi. Ayat yang terlalu formal, campuran laras bahasa dan penggunaan istilah Indonesia dikurangkan.
  • Ingatan perbualan lebih baik. Konteks imej, artikel dan soalan terdahulu lebih mudah dikekalkan untuk pertanyaan susulan.

VERSI
0.1.0

Pelancaran Kacau Daun versi awal

Kacau Daun dibina pada 24 Februari dan terus dikembangkan sepanjang tempoh lima hari pertamanya.

Permulaan

  • Versi pertama Kacau Daun. Sokongan awal untuk Bahasa Melayu dan Inggeris diperkenalkan bersama personaliti tersendiri.
  • Pelbagai jenis balasan. Kacau Daun boleh membezakan semakan fakta, soalan umum, ringkasan, pendapat dan sembang santai.
  • Pemahaman imej. Sokongan awal merangkumi pengecaman individu terkenal, lokasi, suasana serta teks dan carta dalam gambar.
  • Ringkasan artikel dan video. Pautan boleh diringkaskan, termasuk video YouTube apabila transkrip tersedia.
  • Maklumat semasa. Kacau Daun boleh mendapatkan konteks terkini untuk topik seperti cuaca, sukan dan berita semasa.
  • Mengingati perbualan. Balasan susulan akan merujuk semua kandungan bebenang termasuk soalan, imej dan artikel daripada perbualan yang sama.
BACA CERITA ASAL

Cuba Kacau Daun versi terkini.

Tag Kacau Daun dengan soalan, imej atau perkara yang korang mahu semak.

TAG @kacau_daun